Trip to Parlimen.
jam menunjukkan pukul 10 suku dimana jam sebegini banyak mata yang sudah memberi isyarat meminta isti rehat. termasuklah mata nanat. kecik besar kecik besar je screen laptop ni nanat tengok.. tapi! perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada nanat sebab siang tadi dah tidur :(
harini hari jumaat, sekolah balik pukul 12:30. anggaran nanat sampai rumah siang tadi dalam pukul 1 mcm tulah. balik tu terus terjun katil sambil buku dan handphone ada kat sebelah. ingat nak baca buku yang nanat beli di pesta buku beberapa bulan lepas. tup tup tak sedar tertidur.
bangun bangun je gelabah cari handpnone sebab nak tengok pukul berapa tapi handphone tiada berdekatan. ahhh! paling tak boleh go, ingat dah pagi sabtu! no kidding weh ingat terlajak tidur ptg tadi lepastu mungkin letih sangat sampai meleret tidur hingga ke pagi sabtu. lepastu terus tengok baju yang nanat pakai lepastu macam lega sikit "ohaaa ni baju yang aku pakai pergi sekolah tadi" pastu keluar bilik tengok sekeliling haa sah sah! masih petang jumaat belum sabtu pagi lagi kahkah tak taulah penangan apa sampai jadi mcm tu :(
walaubagaimana pun, bukan itu yang nanat nak dipanjangkan. nanat nak cerita trip ke parlimen tempoh hari dengan school mate. it was fun! great experience.. selain daripada masuk ke parlimen, kitorang juga dibawa oleh driver bas ke istana lama, Kuala Lumpur. mungkin mcm budak kecik pergi lawatan2 mcm ni. sekadar pergi satu tempat tu lepast tengo2k je apa ada kat situ. eh tkpelah! kalau bukan kerana lawatan, belum tentu lagi dapat peluang pergi tempat tempat mcm tu kan? takkan nak hang out dengan kawan2 pergi tempat mcm tu kot. I dont think so. most of us prefer to go somewhere more entertaining.
ok, our first destination was istana lama at Kuala Lumpur and then we had lunch around istana before continue our journey to next destination which is Parlimen! both of them are not too far so it just takes a few time to arrived.
bila sampai di pintu utama parlimen malaysia. waw ramai sungguh manusia manusia yang berjaya ada di perkarangan situ dengan kenderaan mereka sendiri yang berjenama mewah. so much inspiring. of course lah yang kerja kerja kat situ tu orang hebat hebat en? (ke tak?) nah.
bila tiba giliran kitorang masuk ke dalam dewan rakyat. nanat masatu lah nak terkencing lah apalah eee tak guna betul. takut benau macam ekau pulak yang masuk nak berdebat dalam tu. halah halah. kitorang diberi tahu untuk tidak boleh bercakap sama sekali dalam dewan tu. to me its normal. first, sebab mmg dewan tu antara dewan yang mulia which is kat dalam tu, orang yang hebat hebat sedang membahas akan perkara perkara berkaitan negara selain daripada menggubal undang undang negara. second, seseorang yang sedang bercakap di hadapan mmg sepatutnya kita menjadi pendengar harus dengar tanpa mengeluarkan kata kata (means bercakap cakap) terutama apabila orang yang bercakap di hadapan kita itu lebih tinggi kedudukannya dari kita. mmg kena hormat lah kan?
bukan apa, nanat ada dengar dari beberapa pihak yang kurang menyenangkan. katanya melawat parlimen itu sesuatu yang membosankan sbb kat sana mcm orang bodoh kena senyap tak boleh nak bercakap apa apa. bila nanat sampai sana sebenarnya bukanlah langsung tak boleh bercakap. yang betul2 tak boleh bila kita dah menjejakan kaki ke dewan perbahasan ahli ahli parlimen tu. tu je! kat perkarangan luar tu boleh je.
dan ada juga yang meluahkan kata bosan dan sebagainya. hanya senyuman yang mampu dilemparkan. bagi nanat ia sesuatu yang amat menarik sbb kita boleh tahu sedikit sebanyak ahli ahli parlimen ini membahaskan isu isu negara. tak silap nanat, masa nanat masuk tu, mereka sedang membincangkan ketenteraan malaysia. kagum dengan para speakers yang berkongsikan buah fikiran mereka utk memajukan negara.
tak lama pun kitorang duduk dekat dalam dewan tu. rasanya tak sampai setengah jam. lepastu kitorang pun keluar mengikut arahan pihak atasan. lepastu kitorang dikumpulkan ke satu tempat untuk sesi soal jawab dan pengenalan tentang parlimen sikit lah. nanat pun tak lepas peluang untuk bertanyakan soalan. seperti kebiasaan, jawapan yang nanat terima tidak mengikut kehendak soalan huwa huwa 😢 tkpelah
seperti biasa, gambar sebagai bukti kenangan 🙆💓 btw ada certain place yang tak boleh amik gambar so tak dpt nak amik gambar lelagi kat parlimen tu :( huwa
love from soul, natopotato

Perkongsian pengalaman yang menarik!
BalasPadamBoleh saya tahu apa soalan yang diajukan itu?
hehe boleh2! masatu saya tanya, apa kelayakan yang sesuai utk menjadi sebahagian ahli parlimen dan mereka yg telah menjadi ahli parlimen ini, apakah jurusan mereka semasa menuntut di universiti? itu sahaja soalan saya
Padam