Thanks to cigupenyu

Harluuu

taknak cakap yang start today nak start memblog. let action speaks. bila tengok org org yang sentiasa ada idea untuk cerita panjang panjang, aaaih seronoknya! while me? ada je benda nak cerita, tapi memikirkan nak mula buat ayat tu haa yang failed. ugh! apa apa pun nat, ikhlas tu penting. ikhlas tiket kesempurnaan ❤

tadi ada satu ig yang pelik follow nanat. nama ig dia cigupenyu tau lepastu nanat bukalah tahu leboh lanjut siapa dia ni thru her posting. buka buka, sekali… hagak dah! mesti private. post dia 1, following dia pun 1, follower dia 0 tau! so yang 1 tu, nanat laa. aih musykil ni my fans ke? disebabkan curious yang tidak dapat dibendung, nanat pun follow back untuk kenal pasti, siapaaa diaa ni!

lepas dia dah accept my request, nanat pun lajuu jari menekan username dia. dan nanat pun klik pada 1 post dia. caption mak kau panjang ilerrr. tertarik nak baca. ok baca sat

“yang sebenarnya, aku punya tujuan aku sendiri mengapa dan kenapa aku buka ig baru ini. hati aku sangat tersentuh dengan catatan seorang cikgu iaitu bungolale dan gambar yang diambil oleh beliau. aku rasa sangat terinspirasi kerana aku sangat suka dengan kisah sesiapa saja lah yang membantu, ber volunteer atau mengajar anak anak orang asli dan anak anak di pedalaman. malah aku juga sangat minat dengan photography jadi minat aku untuk baca kisah beliau semakin mendalam. mereka yang disebut adalah salah satu sebab kenapa aku memilih untuk suka dan minat pada jurusn aku iaitu Pendidikan awal kanak kanak. aku tak minta banyak, aku cuma berharap suatu hari nanti aku juga dapat merasa pengalaman yang sama dengan cikgu bungolale. aku juga tidak minta lebih kerana aku juga tahu kekurangan aku. jadi, kalua dapat bantu dan mengjar anak anak permata itu pun sudah cukup memadai. cumanya, target aku adalah untuk mengjar kanak kanak pra sahaja kerana aku belum bersedia sepenuhnya untuk mengajar anak anak ditahun atas, dan seperti yang aku katakana aku tahu kekurangan aku. jadi, sebagai pembakar semangat, aku gelarkan diri aku sebagai ‘cigu’ walaupun aku belum layak sepenuhnya. penyu pula kerana rakan rakan seperjuangan berpendapat bahawa bentuk kepala aku seakan akan penyu.. haha.. jadi aku rasa nama cigupenyu ni macam comel jeeek (eh mandai2 je ko) jadi aku ambil sebagai pembakar semangat. bismillah.”

tak tipu, hati nanat disentuh lembut dengan vibe yang dia bawakan melalui penulisan ini. nanat suka sangat bila jumpa orang yang bercita cita besar, dia tau matlamat dia, paling best, dia tau apaa yang dia suka dan dia work for it!

a lil throwback* masa high school, nanat ada sorang bestfriend yang macam mirror of me. benda yang paling best pasal dia, dia mcm cigupenyu tulah. berjiwa besar. dulu setiap kali stayback kt sekolah, ptg ptg sambil tunggu parent datang amik, kitorang akan cerita pasal future, people nowadays dan banyaklaah! hm I miss that kind of conversation! ohh ya nama ig dia imaginarydonut sebab she so in love with donut. kitorang pernah borak angan angan insyaAllah tak kosong, one day kitorang partnership share satu kedai jual donut. donut yang super duper swag and cute! sebab tu ig dia nama imaginarydonut sbb she so obsessed with donut.

back to cigupenyu! rupanya she is one of my bestfriend. sukaaanyaa bila nanat baca yang she in a right course which is Pendidikan awal kanak kanak so that one day dia dapat jadi cikgu and berpeluang mengajar anak anak yang istimewa like she said. I love to hear someone’s planning tentang apa dia nak jadi in da future. I swear! macam… bila kau cerita apa yang kau nak jadi then nanti nanat macam imagine w0w tiga empat tahun nanti she will be dress like this, she will be like this, dan seumpamanya.

itu satu hal, bila baca ayat ayat dia rasa rinduuu nak menulis pjg pjg, cerita pengalaman, kongsi pendapat, nak meluah dalam blog. tu yang terus grab laptop lepastu start susun ayat. walaupun dah pukul 1 pagi lebih. umi pesan dah tadi tidur awal. sorry mi, kakyong tak boleh tidur dalam keadaan positive vibe tengah membuak buak. walaupun mata dah macam… maleh nak describe.
blogging is my passion weh ☹ walaupun nanat tau, berapa kerat je yang akan baca but its ok I don’t mind, at least, nanat dapat luahkan dalam bentuk penulisan. I know one day, Allah makbulkan nanat jadi blogger terkenal. bukan setakat blogging merepek meraban, but I spread the good vibe thru story and picture, give an inspiration. that is what I want to be!

like I said before. speak without action tak ke mana pun, mcm bekas yang bertakung air je. ada air tu ada, tapi tak mengalir. bertakung satu tempat tu je sampai dah berkarat, dah berjentik jentik akhirnya air tu dibuang dan tak digunakan.

last but not least, thank you cigupenyu. you opened my heart kejap nak sambung blogging. ada je benda nak cerita sebenarnya tapi sikap malas shaiton nirojjim ni tak tau lah nak campak mana. oh yaa cigupenyu, I love the way you create that ‘cigu’ behind your story. semoga cita cita awak akan tercapai one day!


and if yall rasa nak share dengan nanat tentang apa yang korang nak jadi and bla bla bla, just let me know. dengan hati yang gembira nanat tadahkan telinga untuk dengar 😃

love from soul, natopotato

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip to Parlimen.

Tomorrow is the day!

Journey to be Wau Factor