Pekerja Kutip Sampah

lepas apa yang jadi, I feel so touched!

apa yang jadi? ok mcm ni ceritanya..

masatu balik dari sekolah lalu satu jalan kampung ni. guna jalan dalam sebab ada nak hantar member ni area situ. tau tau jela jalan kampung macam mana kan? sempit pastu ada yang mcm bahu jalan yang agak tinggi, so bila ke tepi sikit haaaa kaw dah rasa kereta senget sebelah, kita yang dok dalam kereta pun tak stabil sbb nya tayar sebelah dah jatuh ke tanah sbb jurang bahu jalan tu agak tinggi (I hope y’all can imagine it)

so tadi nanat keluar je satu simpang ni terusss lori sampah depan nanat. nanat mcm oushhh mann! of courselah lori sampah jalan lambat and sangat berhati hati sbb dia besar lepastu jalan tu sempit. and guess what? mcm biasa kat belakang tu ada 2 3 pekerja tengah berdiri mcm panjat lori tulah mcm tengah tergantung or bergantung something like that bergantung harapan mungkin lol.

kebiasaannya, kalau time nanat yang bawak kereta, depan tu ada orang yang mcm nanat explain tadi tak pun bangla bangla yang duduk kat ruang belakang lori mesti akan usya usya atau non stop pandang pandang nanat yang kat belakang dorang sbb cara dorang duduk sometime pun nenghadap nanat. mmg tkde view lain lah kan euuww so tadi pekerja tu adalah sorang pandaang je tapi kejap je lepastu dah tak dah.

then ada satu moment yang melucukan hati jugak lah 😂 bila driver lori tu pakaii drive je sampai dia tak tau lori side tepi dia sipi sipi langgar pokok kadang daun daun mcm tulah. then pekerja yang berdiri kat  belakang lori sampah tu, alaaa korang pernah tengok kan, dia berdiri takdelah tengah tengah, dia berdiri kat tepi lori sampah tu kira mcm dia panjat lah kt belakang lori tu tapi dia berdiri bukan belah kanan yang sebelah jalan. ni yang belah kiri yang bersebelahan pokok pokok tumbuhan tumbuhan tu biasalah jalan kampung kan. haa nak cerita yang pekerja tu punya struggle duk terbongkok bongkok, tunduk tunduk, duk depa depa angkat angkat tangan sebab nak mengelak pokok tu dari terkena dia kihkih kiut. banyak kali pulak tu. btw dia bukan bangla, dia melayu.

itu bukan my main point. dengan penuh kesabaran, nanat pun steady je bawak slow belakang dia, nak potong tak boleh. padahal nak sampai rumah cepattt. jalan kampung kan jenis yang panjanggg ish lama pulak nak sampai keluar ke simpang besar then tiba tiba dengan sabar menunggu…

kat depan ada mcm simpang besar sikit, simpang nak masuk taman perumahan lain. nanat ingat penantian ini akan berakhir dan nanat ingat lori sampah musyuk musyuk ni masuk lah simpang taman perumahan tu kutip segala sampah sampah kat situ. tapi dia tak masuk beb!!!


 masih lagi dengan sabar follow belakang lori tu. TIBA TIBA…


pekerja yang bergantung kat lori sampah tu dia usya usya jalan depan. dia sekali mcm mengintai kot kot jalan sebelah ada kereta kat depan ke apa I don’t know lah tapi yang pasti lepastu dia bagi isyarat kat nanat yang kat depan clear so that nanat boleh potong sbb masani jalan dia dah sedikit lebar. bukan jalan je dah lebar, nanat pun senyum ada lebar am amm ammak. nanat pun terus angkat tangan tanda terima kasih and tekan minyak sebab nak potong

bila dah dapat lepas potong lori tu, Allah mcm hadirkan satu perasaan yang sukar untuk diceritakan. rasa mcm lebih kurang touched lah. seronoknya jumpa orang yang baik baik, yang memahami and protect each other. btw dia lelaki and melayu tapi! dia mmg dh tua. kadang kan lelaki yang tua tua kan sedikit gelenyar (gatal) so mesti amik peluang……. tapi yang ni tak (atau nanat takdelah cantik sangat) noo! dari cara dia nanat tau, dia ikhlas tolong. nanat pun takdelah buat gaya mcm cucuk cucuk lori tu ke apa ke, takde pun mcm bawak nak cepat cepat. dalam hati je berkata nak cepattt. tapi dia memahami mesti nanat tak selesa sbb pemandangan nanat tertumpu pada sampah yang berlonggok then diorang. idk man apa yang dia fikir, rasa bahkan niat dia tolong nanat tu.

apa yang nanat tau, dia tolong nanat walaupun perkara sekecil itu. amatlah nanat hargai. bila dah dapat lepas potong lori tu, nanat terus berdoa agar Allah mudahkan urusan dia dan dimurahkan rezeki 💜🌈

tulah, tak semestinya pekerjaan bagus, attitude bagus. kerja tak bagus, attitude pun takde bagus. it depends okay? jangan cakap pekerjaan kutip sampah tu hina, kerana mereka juga mencari benda yang sama mcm kita cari demi sesuap nasi

love from soul, natopotato

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip to Parlimen.

Tomorrow is the day!

Journey to be Wau Factor